LAWATAN KERJA DARI KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS)

LAWATAN KERJA DARI KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS)

KOTA KINABALU, SABAH (18 OKTOBER 2019): JUMAAT, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah membuat satu lawatan kerja ke negeri Sabah pada 17 Oktober 2019 hari Khamis.

Satu pemeriksaan kerja di kawasan mengeksport batu di Sepanggar Port dilakukan bertujuan mengenali dan memperbaiki sistem eksport yang sedia ada.

Kawasan yang dilawati adalah sewaan oleh Hup Seng Quarry Sdn. Bhd. Pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan lesen eksport masih belum tamat tempoh dan perbincangan kerja yang lebih efektif serta teratur.

Pemeriksaan ini melibatkan tujuh (7) orang pegawai dari KATS dan JMG Sabah. Pegawai dari JMG Sabah yang terlibat adalah dari Unit Lombong dan Kuari, JMG Sabah iaitu En. Aidil Arnolous Rema (Pegawai Geosains 41) dan En. Lim Nyuk Phen (Penolong Pegawai Geosains 32). Seramai tiga (3) orang pegawai lagi dari KATS.

Turut membantu dalam pemeriksaan ini adalah dua orang Pembantu Operasi JMG Sabah iaitu En. Jeli bin Pog dan En. Mohd. Azrol bin Hanaffi. Pemeriksaan berakhir pada sekitar pukul 10.30 pagi.

Sumber Maklumat : En. Mohd. Azrol bin Hanaffi
Sumber Foto : En. Jeli bin Pog

Written by : AZROL