LAWATAN PENYELIA AKADEMIK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UMK

LAWATAN PENYELIA AKADEMIK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UMK

KOTA KINABALU, SABAH (29 APRIL 2019): ISNIN, Satu lawatan oleh penyelia akademik pelajar latihan industri dari UMK, Dr. Musfiroh binti Jani telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat Tiga, Blok Jesselton, JMG Sabah pada pukul 9.30 pagi bersamaan dengan 29 April 2019.

Dalam lawatan ini, pelajar latihan industri iaitu Lilly Azleena Azreen binti Bahrin telah membentangkan perkembangan beliau semasa menjalani praktikal di JMG Sabah sepanjang tiga bulan ini. Dalam pembentangan ini juga, tugasan-tugasan yang diberikan oleh penyelia lapangan iaitu En.Farid bin Zainuddin termasuk projek yang telah dijalankan, iaitu 'Characterization, Assessment and Develoomemt of Geosites in Kinabalu Park" turut dibincangkan. Tujuan lawatan ini adalah bagi menilai prestasi pelajar dalam suasana pekerjaan dan sepanjang menjalankan latihan industri.

Sumber maklumat dan foto : Cik Lilly Azleena Azreen

LILY1

Cik Lily bersama Pensyarah dan Penyelia

LILY2

LILY3

penyerahan cenderakenangan

Written by : Suriani Ramlee