Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Banggi, Kudat

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Banggi, Kudat

PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH (02 & 03 Mei 2018). Satu daripada 3 siri lawatan tapak ke Loji Rawatan Air (LRA) telah dilaksanakan. Lawatan ini adalah tinjauan/siasatan awal dalam Projek Majlis Sumber Air Negara (MSAN) – Loji Rawatan Air yang bermasalah. Lawatan ini diketuai oleh En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains C22) dan En. Suhaimi bin Suman (Pemandu R11).

Sesi taklimat diberikan oleh En. Jenar Umin, Pegawai Kerja, Jabatan Bekalan Air Kudat dan dibantu oleh wakil daripada Syarikat Sahabat Megajuta Sdn. Bhd. (Pemegang Kontrak LRA Banggi) En. Among Timbul (Penyelia Loji). Kakitangan JMG telah dibawa meninjau sekitar Loji Fasa 1 dan Fasa 2. Tinjauan juga dibuat di muka sauk Fasa 1 dan River Bank Filteration (RBF) Fasa 2.

IMG 4594-crop

 

WhatsApp Image 2018-05-08 at 12.19.31

Taklimat ringkas disampaikan oleh En. Jenar Umin, Pegawai Kerja, Jabatan Bekalan Air Kudat dan En. Among Timbul, Penyelia Loji

IMG 4600

Muka Sauk Fasa 1

IMG 4634

RBF (Fasa 2)

 

Written by : ARIF