Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Ranau

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Ranau

RANAU, SABAH (07 & 08 Mei 2018). Siri kedua lawatan tapak ke Loji Rawatan Air (LRA) telah dilaksanakan. Lawatan ini adalah tinjauan/siasatan awal dalam Projek Majlis Sumber Air Negara (MSAN) – Loji Rawatan Air yang bermasalah. Lawatan ini diketuai oleh En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains C22), En. Suhaimi bin Suman (Pemandu R11). Lawatan ini juga disertai oleh Ketua Aktiviti Hidrogeologi, JMG Sabah, En Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44).

Satu sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh En. Khairul Faizi bin Abd Rahman, Jurutera, Jabatan Bekalan Air Ranau. Kakitangan JMG telah dibawa meninjau sekitar muka sauk Loji Bambangan dan Loji Kimolohing. Tinjauan ini juga menjurus kepada tapak siasatan geofizik, tapak penggerudian, geologi dan lain-lain perkara berkaitan.

IMG 4759

Taklimat ringkas telah diberikan oleh En. Khairul Faizi bin Abd Rahman, Jurutera, Jabatan Bekalan Air Ranau

IMG 4790

Muka Sauk

IMG 4763

 

 

 

Written by : ARIF