KOTA BELUD, SABAH (22 Jun 2019) : Sabtu, 8.00 pagi
Majlis Perasmian Sistem Telaga yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Piasau telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, P.G.D.K, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N7 Kadamaian. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 1000 orang penduduk kampung juga disertai oleh Pengerusi MPKK, Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun
Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi dimulakan dengan sesi ceramah kesedara awam berkaitan Gempabumi dan Tanah Runtuh yang telah disampaikan oleh En. Goh Kean Seong (Pegawai Geosains - Aktiviti Geologi Kejuruteraan), disusuli dengan taklimat berkenaan Geologi Warisan yang disampaikan oleh En. Farid bin Zainuddin (Pegawai Geosains Kanan - Aktiviti Aktiviti Geologi Warisan) dan taklimat Sumber Air Tanah yang disampaikan oleh En. Jaineh Lingi (Pegawai Geosains kanan - Aktiviti Hidrogeologi). Taklimat turut diselitkan dengan sesi dialog/soaljawab antara penduduk kampung. Taklimat ini juga turut disertai oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, En. Paulius Godwin.
10.30 pagi. Majlis perasmian bermula pada jam 11.00 pagi yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N7 Kadamaian. Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi MPKK, En. Jimmy Berukang, seterusnya perutusan Pengarah JMG Sabah, yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, En. Paulius Godwin. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick.
Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Sistem Telaga. Selesai acara ini, Yang Berhormat telah melawat pameran berkaitan Aktiviti Hidrogeologi, Geologi Warisan dan Gempabumi.
Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-sabah/majlis-perasmian-sistem-telaga-kg-piasau,-kota-belud#sigProId4f12d050c9