SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (14 FEBRUARI 2020): JUMAAT, Jawatankuasa sebutharga telah mengadakan satu mesyuarat penyediaan dan pengemaskinian tender dan sebutharga di Hotel Palm, Seremban bermula pada 11 Februari 2020 hingga 14 Februari 2020.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. En. Abdul Rahim bin Harun (KPP Cawangan PPO HQ). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dr. Frederick F. Tating (KUGS Sabah), En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM Sabah), En. Bailon Golutin (Ketua Aktiviti Kejuruteraan Geologi), En. Arthur Clement Makulim (Pegawai Kejuruteraan Geologi), En. Goh Khean Seong (Ketua Aktiviti Geofizik) dan Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat).
Mesyuarat ini akan menyediakan serta menyemak dengan lebih terperinci dokumen spesifikasi-spesifikasi bagi tender dan sebutharga berkaitan serta mengunci masuk spesifikasi tender dan sebutharga ke dalam sistem e-Perolehan sebelum diiklankan. Terdapat beberapa tender dan sebutharga dibincangkan dalam mesyuarat ini.
Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
http://blog.jmg.gov.my/jmg-sabah/mesyuarat-penyediaan-dan-pengemaskinian-tender-dan-sebutharga#sigProIdc7f7c6b9c2