MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - KBM

MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - KBM

LAHAD DATU, SABAH (06 SEPTEMBER 2021): ISNIN, Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari yang terlibat dengan kerja-kerja pemantauan operasi peletupan di kuari, tapak projek pembangunan dan menyelia operasi perlombongan telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan teknikal dan pemantauan aktiviti peletupan di daerah Lahad Datu. Dalam masa yang sama juga perlu menjalankan pengauditan dibawah PPOP dan SDI di KBM Quarry Sdn Bhd, Lahad Datu.

Pegawai yang terlibat En. Jexson Philip, dibantu oleh  En. Yusuf Asy dan En. Mohd. Faiz bin Abd Murad

Sumber Foto dan Sumber Maklumat : En. Jexson Philip

Sumber Penulisan : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi

 

 

 

MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - SRI PUTATAN

MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - SRI PUTATAN

LAHAD DATU, SABAH (06 SEPTEMBER 2021): ISNIN, Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari yang terlibat dengan kerja-kerja pemantauan operasi peletupan di kuari, tapak projek pembangunan dan menyelia operasi perlombongan telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan teknikal dan pemantauan aktiviti peletupan di daerah Lahad Datu. Dalam masa yang sama juga perlu menjalankan pengauditan dibawah PPOP dan SDI di Ladang Kelapa Sawit Sri Putatan, Lahad Datu.

Pegawai yang terlibat En. Aidil Arnolous Rema dan dibantu oleh En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi.

Sumber Foto dan Sumber Maklumat : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi

Sumber Penulisan : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi

 

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN DI KUARI CAPRICOM TELIPOK

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN DI KUARI CAPRICOM TELIPOK

TELIPOK, TUARAN (21 DISEMBER 2020) ISNIN: Pemantauan kerja-kerja letupan kuari di Capricom kuari, pemantauan ini dibuat bagi memastikan kerja-kerja letupan terkawal serta penggunaan bahan letupan mengikut kebenaran yang diberikan. JMG Sabah telah mengarahkan 3 kakitangan dari jabatan untuk menjalankan pemantauan tersebut yang di wakili oleh En. Jexson, En Arthur Leo dan En Mohd Azrol Mohd Hanaffi. Letupan telah dilakukan pada Jam 2.40 petang dan Bacaan alat masih di bawah kawalan.

 

Sumber Foto : En. Arthur Leo Intiang

Sumber Maklumat dan penulisan: En. Azrol Bin Mohd Hanaffi

PEMANTAUAN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PEMANTAUAN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PENAMPANG, SABAH (3 DISEMBER 2020) KHAMIS: Lawatan pemantauan kerja-kerja letupan bagi pembinaan jalan raya Pan Borneo telah dibuat pada 3 Disember 2020 di kawasan Penampang, letupan telah dibuat pada jam 11.00 pagi yang di saksikan oleh, En. Arthur Leo(Pembantu Geosains Kanan) dan En. Mohd Azrol Mohd Hanaffi (Pembantu Operasi) adalah kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

Pemantauan kerja-kerja letupan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan rekod kadar kekuatan bunyi letupan serta gegaran di kawasan sekitarnya. Jarak bacaan rekod diambil dari jarak 230+- Meter dan tidak ada rekod bacaan selepas letupan dilakukan.

 

Sumber Foto: En. Arthur Leo Intiang

Sumber Maklumat dan penulisan: En.Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi 

PEMANTAUN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PEMANTAUN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PENAMPANG, SABAH (2DISEMBER 2020) ISNIN: Lawatan pemantauan kerja-kerja letupan bagi pembinaan jalan raya Pan Borneo telah dibuat pada 2 Disember2020 di kawasan Penampang, letupan telah dibuat pada jam 12.50 tengahari yang di saksikan oleh Asp Arissa dari IPD Penampang, seorang pegawai dari JKR, seorang dari Majlis Keselamatan Negara serta En. Aidil Arnolous Rema(TPLK), En. Jexson(Pen.Pegawai LK), En. Arthur Leo(Pembantu Geosains Kanan) dan En. Mohd Azrol Mohd Hanaffi (Pembantu Operasi) adalah kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

Pemantauan kerja-kerja letupan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan rekod kadar kekuatan bunyi letupan serta gegaran di kawasan sekitarnya. Jarak bacaan rekod diambil dari jarak 500+- Meter dan tidak ada rekod bacaan selepas letupan dilakukan.

 

Sumber Foto: En. Arthur Leo 

Sumber maklumat dan penulisan: En. Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi