LAHAD DATU, SABAH (10 SEPTEMBER 2021): JUMAAT, Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari yang terlibat dengan kerja-kerja pemantauan operasi peletupan di kuari, tapak projek pembangunan dan menyelia operasi perlombongan telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan teknikal dan pemantauan aktiviti peletupan di daerah ini. Dalam masa yang sama juga perlu menjalankan pengauditan dibawah PPOP dan SDI di di Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd.
Pegawai yang terlibat En. Aidil Arnolous Rema, En. Jexson Philip, dibantu oleh En. Yusuf Asby, En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanffi dan En. Mohd. Faiz bin Abd Murad.
Sumber Foto dan Sumber Maklumat : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi
Sumber Penulisan : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi