Kuching, 29 Jun 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jab. Bil. 6/2018, Majlis Perpisahan dan juga Majlis Gawai Raya telah diadakan dengan meriahnya. Majlis dihadiri oleh kakitangan jabatan dengan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.
Dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan, En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak dalam perutusannya telah menyentuh beberapa perkara seperti Status Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA dan Tatacara Kewangan. Gambar foto berkaitan kursus, pelaksanaan projek serta aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan Mei dan Jun juga dipaparkan untuk perkongsian.
Usai ucapan pengarah, majlis diteruskan dengan ucapan pegawai bersara, En. Sulong Enjop yang bakal bersara pada 2 Julai 2018. Para hadirin kemudiannya disajikan dengan video persaraan pegawai bersara.
Majlis Gawai Raya menyusuli selepas Majlis Persaraan. Majlis Gawai Raya diraikan bersama berikutan Hari Gawai disambut pada 1 Jun 2018 manakala sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah pada 15 Jun 2018. KMGS dan BKKI merupa penganjur bersama majlis perayaan ini telah diraikan dalam keadaan sederhana namun meriah. Keceriaan jelas dilihat di wajah kakitangan-kakitangan.
Majlis Gawai Raya dirasmikan oleh En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak dan En. Mohd. Irwan Ariff selaku pengerusi BKKI iaitu dengan memotong lemang secara simbolik manakala majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah JMG Sarawak, En. Sulong Enjop dan Pn. Tracy Upong dengan acara ngiling tikar.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan semoga ikatan uhkwah dikekalkan sampai bila-bila.