MESYUARAT PENYELARASAN CAWANGAN PERKHIMATAN MAKMAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS

MESYUARAT PENYELARASAN CAWANGAN PERKHIMATAN MAKMAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS

Mesyuarat Penyelarasan Cawangan Perkhidmatan Makmal Jabatan Mineral dan Geosains membincangkan isu-isu berkaitan Unit Perkhidmatan Makmal merangkumi modal insan, pelaporan kewangan, beban kerja, jadual bayaran analisis makmal dan sebagainya. Selain itu, ia berupaya merapatkan silaturrahim pegawai-pegawai Unit Perkhidmatan Makmal serta mereka berpeluang mengemukakan isu-isu berkaitan kerja hakiki.

Di samping itu, lawatan ke Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak juga diadakan pada pagi 11 Julai 2018. Pada sebelah petangnya, para peserta membuat lawatan ke Kraftangan Malaysia, Sarawak. Kumpulan lawatan pegawai-pegawai ke Kraftangan Malaysia telah disambut oleh En. Haironi b. Bohari, Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia, Sarawak.

Di penghujung lawatan, En. Ismail b. Hanuar selaku ketua rombongan telah menyampaikan cenderahati kepada En. Haironi b. Bohari, Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia, Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada Kraftangan Malaysia Sarawak.

Program seumpama ini diharapkan diteruskan bagi memperkukuhkan peranan serta meningkat mutu perkhidmatan ditawarkan.

1

2

3

4

Written by : Marina M