PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2018 DAN MAJLIS PERPISAHAN/PERSARAAN

PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2018 DAN MAJLIS PERPISAHAN/PERSARAAN

3 Ogos 2018, KUCHING – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan Julai 2018 dan Majlis perpisahan/persaraan dan Taklimat Dasar Keselamatan ICT JMG Malaysia telah dianjurkan oleh Aktiviti Pemetaan Geologi, JMG Sarawak.

En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak dalam perutusannya menyentuh beberapa perkara dan antaranya ialah sesi suai kenal tiga pelajar latihan Industri daripada Univeristi Teknologi Mara (UiTM), Status Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA dan Tatacara Kewangan.

Pengarah mengingatkan agar semua pegawai sentiasa mematuhi peraturan digunapakai secara dalaman dan peka terhadap Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan terkini. Gambar foto berkaitan kursus, pelaksanaan projek serta aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos juga dipaparkan untuk perkongsian semua.

Sejurus tamatnya perhimpunan bulanan, majlis diteruskan dengan Majlis Perpisahan/Persaraan kakitangan jabatan. Kakitangan terbabit ialah Pn. Latipah Bte Marzuki dan En. Ismail Abdullah@Chan. Ucapan perpisahan dimulai oleh En. Ismail Abdullah@Chan yang bakal bersara pada 3 Ogos 2018. Warga JMG Malaysia Sarawak amat menghargai jasa dan sumbangan pegawai yang diraikan dan diterjemahkan dengan pemberian cenderahati yang telah disampaikan oleh Pengarah JMG Sarawak. JMG Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Latipah Bte Marzuki dan En. Ismail Abdullah@ Chan atas sumbangan mereka kepada JMG Sarawak dan Negeri Sarawak amnya.

Usai Majlis Perpisahan dan Perpindahan Pegawai, Perhimpunan bulanan Jabatan diteruskan dengan taklimat Dasar Keselamatan ICT JMG Malaysia daripada Pn. Silvia Joseph, Pegawai Sistem Maklumat JMG Sarawak. Taklimat Dasar Keselamatan ICT JMG disampaikan agar semua sentiasa berwaspada dan menghindari penyalahgunaan kemudahan ICT serta langkah-langkah keselamatan ICT perlu diambil dari semasa ke semasa.

1

2

3

Written by : Marina M