PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER 2018 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER 2018 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

7 September 2018, KUCHING – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan September 2018, Perbentangan Geoswarisan serta Taklimat ePerolehan telah dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal, JMG Sarawak.

En. Hilary Muyan, Timbalan Pengarah JMG Sarawak telah mewakili En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak pada perhimpunan kali ini. Di dalam perutusan tersebut, beliau menyentuh beberapa perkara dan antaranya ialah beliau menegur tentang kekosongan tempat duduk hadapan yang tidak diduduki oleh pegawai-pegawai, menghormati ucapan yang disampaikan semasa perhimpunan dengan tidak membuat bising, Status Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA dan Tatacara Kewangan.

Gambar foto berkaitan kursus, pelaksanaan projek serta aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan Julai dan Ogos juga dipaparkan untuk perkongsian semua.

Selesai ucapan, Timbalan Pengarah telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) kepada kakitangan-kakitangan yang telah terlibat. Di antaranya ialah En. Tarmidzie Karim, En. Woking Rigot dan Pn. Veronica Serany.

Majlis Perhimpunan Bulan September diteruskan dengan perbentangan ringkas dan pertunjukan video Geowarisan daripada Dr. Dana Badang. Beliau menjelaskan tentang kegiatan Geowarisan dan perkembangan-perkembangan yang berlaku sepanjang tahun dan mohon komen atau pandangan untuk penambahbaikan Geowarisan pada masa depan.

Kemuncak perhimpunan pada hari tersebut ialah Taklimat ePerolehan yang disampaikan oleh Pn. Tracy Upong, Penolong pegawai tadbir. Turut sama dalam sesi ini ialah kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal dan kakitangan Unit kewangan. Pada sesi ini, Pn. Tracy menjelaskan tentang perkembangan terbaru berkenaan ePerolehan, tindakan yang harus dilakukan semasa permohonan melalui ePerolehan dan persembahan secara langsung oleh Unit Perkhidmatan Makmal dalam membuat permohonan melalui ePerolehan.

Pada masa yang sama, sesi soal jawab juga diadakan dan penjelasan oleh Unit Kewangan oleh En. Charlie Muding dan En. Minai menarik minat semua kakitangan yang terlibat.

Pn. Tracy memaklumkan senarai nama kakitangan yang bakal bertanggungjawab dengan ePerolehan dan memohon mereka agar hadir Taklimat ePerolehan pada bulan Oktober akan datang.

Perhimpunan bulanan kali ini memperlihatkan pengisian penuh aktiviti perhimpunan iaitu ucapan, perbentangan, pemberian sumbangan dan taklimat.

Pada sebelah petang, aktiviti jabatan diteruskan dengan aktiviti gotong-royong di dalam pejabat. Kakitangan-kakitangan jabatan bersama-sama membersihkan kawasan dalam pejabat seperti tandas, tangga dan sebagainya.

1

2

3

Written by : Marina M