Bacaan Yassin dan Doa Selamat Untuk Wira-Wira Lahad Datu Anjuran BKKI, JMG Sarawak

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk Wira-Wira Lahad Datu anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Malaysia Sarawak telah diadakan pada 2 April 2013 bertempat di Bilik Baiduri, Blok A, JMG Malaysia Sarawak. Majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat ini diketuai oleh Tuan Haji Che Abdul Rahman Bin Jaafar, Timbalan Pengerusi BKKI JMG Malaysia Sarawak. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.20 pagi dan dihadiri oleh seramai 32 orang ahli BKKI dan kakitangan JMG Sarawak.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendoakan keselamatan pewira-pewira yang sedang bertugas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sejak insiden pencerobohan pengganas di pantai timur Sabah. Selain itu, majlis diadakan untuk memberi sokongan moral dan semangat kepada pewira-pewira menjaga keamanan Negara dan ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti kerohanian BKKI JMG Malaysia Sarawak. Majlis juga mendoakan Malaysia terus aman dan makmur serta bebas daripada ancaman anasir luar.

Sehubungan ini, kakitangan JMG Malaysia Sarawak juga telah menyumbangkan sebanyak RM502.00 kepada Tabung Wira Lahad Datu sebagai tanda menghargai jasa wira-wira negara yang berjuang demi menyelamatkan negara.

Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringan yang disumbangkan oleh ahli-ahli BKKI.

 

Written by : Marina M