GAWAI RAYA 2017

vlcsnap-2017-08-05-16h05m45s572

Majlis Gawai Raya 2017 telah diadakan pada 4 Ogos 2017 (Jumaat) di JMG Sarawak bersempena dengan lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Haji Zukeri bin Abdul Ghani serta rombongan dan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Sarawak.

Majlis Gawai Raya 2017 adalah anjuran Kelab Mineral dan Geosains Sarawak dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sarawak.

Gawai Raya 2017 adalah majlis yang mengabungkan perayaan Gawai dan juga Hari Raya Adilfitri. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu Perkhidmatan Awam. Ia kemudiannya diikuti dengan ucapan Pengarah JMG Sarawak, En. Enggong Aji, ucapan Pengarah Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO), Tuan Haji Mustafa bin Hamzah dan akhir sekali ucapan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Haji Zukeri bin Abdul Ghani.

Usai ucapan, majlis telah dirasmikan secara simbolik dengan memotong kek lapis dan lemang. Sebagai pembuka majlis Gawai Raya 2017, Dr. Dana Badang mempersembahkan tarian ngajat beliau dan mendapat sambutan yang amat baik dikalangan kakitangan yang hadir.

Sambil tetamu menjamu selera, persembahan karaoke mengisi acara majlis. Antara aktiviti sepanjang majlis ialah hadiah pakaian terbaik yang dimenangi oleh Dr. Dana Badang, En. Geri Ginung dan Pn. Dayang Maslinie Awang Putit. Kakitangan ‘sporting’ pula dimenangi oleh En. Salehudin Mohd dan Pn. Azlina Madihi. Pada masa yang sama, ia juga meraikan kakitangan jabatan yang bakal berpindah ke ibu pejabat, En. Hatta bin Jerawi.

Walaupun perayaan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri telah berlalu sebulan yang lalu, kemeriahan tetap dirasakan sepanjang majlis ini berlangsung. Pemakaian baju tradisional dan perayaan memeriahkan lagi majlis tersebut. Keeratan perhubungan jelas kelihatan dan diharap dapat diperkukuhkan dengan aktiviti yang mengabungkan perayaan-perayaan yang ada di Malaysia.

Semoga aktiviti sebegini diteruskan agar uhwah dikalangan kakitangan jabatan dapat dikekalkan.

GR 2017 a

GR 2017 b

GR 2017 c

Written by : Marina M