LAB PENILAIAN SUMBER ARANG BATU DAN COAL BED METHANE

 LAB

Mukah adalah satu bahagian di dalam Sarawak yang sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China Selatan. Di sini terletaknya kawasan perlombongan arang batu dan juga pusat janakuasa terbesar di Sarawak. Keistimewaan ini menjadikan Mukah sebagai lokasi terbaik untuk Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan Coal Bed Methane (CBM).

Pada 10 April 2017 (Isnin) yang lepas, Unit Sumber Arang Batu JMG Sarawak dengan kerjasama JMG Sabah menganjurkan Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan Coal Bed Methane (CBM). Ia dihadiri oleh pegawai-pegawai geosains seluruh negeri dan juga penceramah-penceramah dari dalaman dan jemputan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak, Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak dan Sarawak Coal Resources. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah seramai 28 orang pegawai-pegawai JMG dan penceramah jemputan.

Majlis perasmian Lab telah dirasmikan oleh En. Hillary Muyan, Timbalan Pengarah Mineral dan Geosains Sarawak manakala majlis penutupan dirasmikan oleh En. Jontih Enggih, Timbalan Pengarah Mineral dan Geosains Sabah.

Lab selama 3 hari ini telah mendedahkan kepada para peserta kaedah eksplorasi, pensampelan, pengerudiaan, interpretasi data,  pengiraan anggaran sumber dan juga pengenalan kepada Coal Bed Methane (CBM). Selain menghadiri kuliah, para peserta juga dibawa untuk lawatan tapak ke Lombong Arang Batu di Ulu Sikat, Mukah dan Mukah Coal Power Plant (MPG).

Di sini , para peserta didedahkan secara hands on berkenaan Sumber Arang Batu melalui perlombongan Arang Batu dan juga penjanaan elektrik menggunakan sumber arang batu.

Selain daripada itu, tiga (3) topik berkaitan daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak – Coal Mining Application, Natural Resources and Environment Board (NREB) – Environmental Issues Related to Mining dan Sarawak Coal Resources (SCR) – Coal Mining juga disampaikan dalam Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan CBM.

Penceramah-penceramah  jemputan luar ialah En. Jeffri Ngelambai daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak , Pn. Christina Leysia daripada NREB dan En. Mohd. Faisal Abdullah daripada SCR.

Sementara itu, penceramah dalaman terdiri daripada pegawai-pegawai berpengalaman seperti Dr. Joseph Jubin Aro, En. Dee Dee@Daulip L. Lakui, En. Azzudin Shebli, Cik Julia Kaya dan En. Mison Ajum.

Adalah diharapkan bahawa Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan CBM di Mukah mampu mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan dalam pemetaan, teknik-teknik pensampelan, interpretasi data lapangan serta pengolahan data analisis makmal pegawai-pegawai baru. Malah pengenalan kepada CBM mampu menjadi perintis kepada penerokaan kawasan sumber CBM yang berpotensi.

 lab 1

lab 2

Written by : Marina M