PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 25 APRIL 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyia lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa bagi memberkati majlis kali ini. Seperti kebiasaan, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak iaitu Yang Berusaha Tuan Roslan @ Setebin bin Rajalli. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut menekankan konsep keluarga JMG di mana sebagai keluarga, kita seharusnya bekerja sebagai satu pasukan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mencipta suasana kerja yang kondusif dalam JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga memberi cadangan agar mana-mana pegawai yang terlibat dengan kursus atau bengkel latihan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diperoleh secara dalam kepada warga jabatan. Di samping itu, warga jabatan tekah diperkenalkan dengan kehadiran seorang pelajar latihan industri iaitu Cik Nur Syazlin binti Sazali. Seterusnya, warga jabatan disajikan dengan tayangan montaj bergambar aktiviti sukan Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) iaitu KMGS Sport Challenge 2022 (Badminton) sebelum diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang KMGS Sport Challenge 2022 (Badminton) yang telah disempurnakan oleh Encik Roslan @ Setebin bin Rajalli, Menanggung Tugas Pengarah JMG Sarawak. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua peserta terlibat dan majulah sukan untuk JMG Sarawak.

Written by : asyrafmansor10