KUCHING, 05 APRIL 2023 - Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak dengan kerjasama seluruh kakitangan JMG Sarawak telah mengadakan program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan al Mubarak. Program ini diadakan di Blok A, JMG Sarawak bermula jam 7.30 pagi yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan JMG Sarawak di samping mengisi aktiviti kerohanian dan amal kebajikan di bulan yang mulia ini.
Bubur lambuk yang telah dimasak telah diagihkan kepada semua kakitangan JMG Sarawak dan juga masjid berdekatan. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah JMG Sarawak, En Roslan Rajali dan Pengerusi BKKI JMG Sarawak, En Ir Juna Azleen Abd Ghani yang turut mengagihkan bubur lambuk kepada semua hadirin. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada Ramadan akan datang bagi mengeratkan lagi jalinan perhubungan di kalangan warga JMG Sarawak seterusnya dengan masyarakat setempat.
PERHIMPUNAN BULAN MAC 2023 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK
KUCHING, 31 MAC 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan diketuai oleh En Ahmad Fikri Nasuha.
Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada warga JMG Sarawak yang beragama islam. Seterusnya, Pengarah juga telah mengambil peluang untuk menerangkan mengenai garis panduan tatacara pengurusan stor dan juga panduan pengemaskinian harta di dalam sistem HRMIS. Kemudian, beliau meneruskan ucapan dengan menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap Unit/aktiviti di JMG Sarawak. Seterusnya, Pengarah telah mengumumkan pegawai senior yang baru ditukarkan ke JMG Sarawak iaitu En Edward Anak Muol yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Geosains JMG Sarawak. Selain itu, JMG Sarawak telah menerima seorang pelajar latihan industri iaitu, Cik Olivia Eva Anak Apeng, yang merupakan graduan geologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selamat datang dan selamat maju jaya diucapkan kepada mereka berdua. Di samping itu, JMG Sarawak juga bakal kehilangan seorang kakitangan iaitu En. Howard Dean Anak Hardin yang telah meletak jawatan. Selamat maju jaya diucapkan kepada En Howard pada masa hadapan.
Akhir sekali Pengarah telah mengumumkan nama penerima APC bagi tahun 2022 JMG Sarawak yang berjumlah 9 orang. Tahniah diucapkan dan mereka akan diraikan pada perhimpunan bulan hadapan.
PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 16 NOVEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan.
Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah mengucapkan tahniah kepada YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad dan YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii di atas perlantikan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim. Seterusnya, Pengarah telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Majlis diteruskan dengan majlis meraikan pegawai yang bakal bersara wajib iaitu En Charlie Davis Muding. Sekalung ucapan ribuan terima kasih buat En Charlie di atas perkhidmatan yang cemerlang ketika mentadbir Unit Kewangan di JMG Sarawak. Akhir sekali, majlis berakhir dengan sambutan ‘Selamat Hari Lahir’ buat kakitangan yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember 2022.
Akhir sekali, Pengarah mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada semua kakitangan JMG Sarawak.
PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 29 NOVEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Geofizik yang diketuai En Shahrul Ridzuan.
Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, pertama sekali, beliau telah mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke -10. Seterusnya, Pengarah telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan mengenai pematuhan Garis Panduan Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Eletronik di Agensi Kerajaan (PKPA BIL 1/2003). Beliau menasihatkan agar kakitangan JMG Sarawak tidak melanggar pekeliling sedia ada dengan tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan internet pejabat untuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, laman sosial FB dan lain-lain laman web kecuali yang berkaitan dengan kerja sahaja. Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada kakitangan yang terlibat dengan latihan atau kursus di luar bagi berkongsi maklumat dan pengetahuan secara taklimat dalaman. Akhir sekali di dalam perutusannya, Pengarah menerangkan mengenai program Board Of Geologists (BOG) serta peringatan untuk mengumpulkan CPD kepada semua ahli berdaftar.
Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik.
PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2022 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA JMG SARAWAK
KUCHING, 25 OKTOBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Baiduri dengan pematuhan SOP sedia ada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral Berlogam.
Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga memberi sedikit penerangan mengenai cadangan pemerkasaan JMG Sarawak baru-baru ini iaitu dengan penubuhan tiga pejabat baru di Sarawak Barat, Tengah Dan Utara.
Usai ucapan Encik Roslan, majlis diteruskan dengan Taklimat Pembentangan Cadangan Kandungan Gambut Terbakar dalam Digital Info Board oleh Puan Layam Engkasan, Pegawai Teknologi Maklumat JMG Sarawak. Penceramah telah berkongsi maklumat yang ringkas dan padat mengenai digital info board serta laman intranet yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perhimpunan bulanan kali ini telah diadakan bersekali dengan gotong-royong perdana bulan Oktober 2022 bagi meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan JMG Sarawak Semua kakitangan telah memberi bekerjasama yang baik bagi menjayakan aktiviti ini bagi. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program yang telah dilaksanakan.