PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER 2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN/ PERPINDAHAN/ PERSARAAN

PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER 2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN/ PERPINDAHAN/ PERSARAAN

Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan Disember 2017 telah diadakan pada 15 Disember 2017. Majlis perhimpunan pada kali ini juga disertai dengan majlis perpisahan, perpindahan dan persaraan beberapa kakitangan jabatan.

Seramai empat (4) orang kakitangan JMG Sarawak yang diraikan untuk majlis perpisahan, perpindahan dan persaraan. Kakitangan yang diraikan ialah Dr. Joseph Jubin Aro yang akan menyertai Sarawak Energy Board (SEB) mulai 2 Januari 2018, En. Mohd. Firdaus Noor Azman yang akan berpindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Sumber Air pada 2.Januari 2018, En. Lim Yong Hui yang akan mula bersara pilihan pada 15 Disember 2017 dan En. Harry Jenyrius Majin yang telah berpindah ke JMG Selangor pada 23 Oktober 2017.

JMG Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Joseph Jubin Aro, En. Mohd. Firdaus, En. Lim Yong Hui dan En. Harry Jennyrius Majin di atas sumbangan bakti mereka kepada JMG Sarawak.

Semoga perpisahan, perpindahan dan persaraan ini membuka lebaran baru untuk anda semua.

23

Written by : Marina M