TAKLIMAT X-RAY FLOURESCENCE (XRF)

Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan siri taklimat X-ray Flourescence (XRF) sepanjang bulan November 2017 yang lepas. Taklimat-taklimat ini diadakan bagi tujuan pendedahan kepada warga JMG Sarawak, khususnya kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal berkenaan XRF.

Di antara syarikat-syarikat yang terlibat dalam taklimat berkenaan ialah Bruker (M) Sdn. Bhd. yang mengadakan taklimat pada 16 November 2017, Thermo Fisher Scientific (M) Sdn. Bhd. pada 20 November 2017, RGS Corporation Sdn. Bhd. pada 23 November 2017, Pan Analytical Sdn. Bhd. pada 29 November selepas Majlis Perhimpunan bualanan dan MSI Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. pada 30 November 2017.

Taklimat – taklimat ini telah diadakan pada tarikh yang berasingan dan mendapat sambutan yang amat baik di kalangan kakitangan makmal dan juga pegawai geologi.

Semoga penganjuran taklimat sebegini mampu membuka minda serta menambah pengetahuan semua yang terlibat.

Written by : Marina M