BLAST MONITORING COURSE

BLAST MONITORING COURSE

Institute of Quarrying Malaysia (IQM) dan Sarawak Quarries Association (SQA) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Blast Monitoring Course 4/2023 pada 4 – 5 Oktober 2023 (Rabu – Khamis).

Kursus ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari (TPLK), Ir. Juna Azleen bin Abdul Ghani di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching dan dihadiri oleh pemain industri pengkuarian di Sarawak.

MAJLIS AMANAT PERDANA INTEGRITI (MAP-i 2023) DAN PERASMIAN PERSIDANGAN INTEGRITI KEBANGSAAN (PiNK), PERTIWIKU BERINTEGRITI

MAJLIS AMANAT PERDANA INTEGRITI (MAP-i 2023) DAN PERASMIAN PERSIDANGAN INTEGRITI KEBANGSAAN (PiNK), PERTIWIKU BERINTEGRITI

Telah berlangsung Majlis Amanat Perdana 2023 (MAP-i) dan Perasmian Persidangan Integriti Kebangsaan (PiNK), Pertiwiku Berintegriti pada 14 September 2023, Khamis, di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Kuching, Sarawak.

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Beberapa kakitangan JMG Sarawak telah memenuhi undangan majlis tersebut.

PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2023 (SESI 2)

PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2023 (SESI 2)

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Peperiksaan Pembedil (Amali) Bilangan 1 Tahun 2023 Sesi 2 pada 3 Ogos 2023, Khamis, di SEDC Quarries Bukit Sibanyis, Batu 15, Jalan Kuching – Serian, Kuching. Sebelum itu, temuduga bagi Peperiksaan Pembedil (Amali) tersebut telah dijalankan di pejabat JMG Sarawak, Kuching pada 1 Ogos 2023, Selasa.

BENGKEL LATIHAN PENDAFTARAN DAN PENGGUNAAN BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS) UNTUK PERMOHONAN SURAT KELULUSAN SKIM PENGENDALIAN MELOMBONG (SKSPM)

BENGKEL LATIHAN PENDAFTARAN DAN PENGGUNAAN BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS) UNTUK PERMOHONAN SURAT KELULUSAN SKIM PENGENDALIAN MELOMBONG (SKSPM)

Bengkel Latihan Pendaftaran dan Penggunaan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) untuk Permohonan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi industri perlombongan di Sarawak telah diadakan di pejabat JMG Sarawak, Kuching pada 27 – 28 Julai 2023 (Khamis – Jumaat).

Latihan berkenaan bertujuan untuk melatih dan memberi pengetahuan berkaitan BLESS kepada kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak dan wakil pemegang SKSPM. Selepas ini, pihak lombong yang ingin membuat permohonan baharu/ pembaharuan boleh memohon secara atas talian melalui BLESS.