PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 29 NOVEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Geofizik yang diketuai En Shahrul Ridzuan. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, pertama sekali, beliau telah mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke -10. Seterusnya, Pengarah telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan mengenai pematuhan Garis Panduan Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Eletronik di Agensi Kerajaan (PKPA BIL 1/2003). Beliau menasihatkan agar kakitangan JMG Sarawak tidak melanggar pekeliling sedia ada dengan tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan internet pejabat untuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, laman sosial FB dan lain-lain laman web kecuali yang berkaitan dengan kerja sahaja. Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada kakitangan yang terlibat dengan latihan atau kursus di luar bagi berkongsi maklumat dan pengetahuan secara taklimat dalaman. Akhir sekali di dalam perutusannya, Pengarah menerangkan mengenai program Board Of Geologists (BOG) serta peringatan untuk mengumpulkan CPD kepada semua ahli berdaftar. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik.

PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2022 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2022 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA JMG SARAWAK
KUCHING, 25 OKTOBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Baiduri dengan pematuhan SOP sedia ada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral Berlogam. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga memberi sedikit penerangan mengenai cadangan pemerkasaan JMG Sarawak baru-baru ini iaitu dengan penubuhan tiga pejabat baru di Sarawak Barat, Tengah Dan Utara. Usai ucapan Encik Roslan, majlis diteruskan dengan Taklimat Pembentangan Cadangan Kandungan Gambut Terbakar dalam Digital Info Board oleh Puan Layam Engkasan, Pegawai Teknologi Maklumat JMG Sarawak. Penceramah telah berkongsi maklumat yang ringkas dan padat mengenai digital info board serta laman intranet yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perhimpunan bulanan kali ini telah diadakan bersekali dengan gotong-royong perdana bulan Oktober 2022 bagi meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan JMG Sarawak Semua kakitangan telah memberi bekerjasama yang baik bagi menjayakan aktiviti ini bagi. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program yang telah dilaksanakan.  

PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2022 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2022 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK
KUCHING, 29 SEPTEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral Perindustrian. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Roslan. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan Ketua Projek agar memastikan segala perbelanjaan telah diselesai sebelum penutupan akaun kerajaan pada 31 Oktober 2022. Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada semua kakitangan JMG Sarawak terutama pegawai projek untuk menyemak kembali Pelan Strategik JMG 2021-2025 bagi memastikan perancangan projek yang bakal dilaksanakan seiring dengan pelan tersebut dan mematuhi garis panduan visi dan misi JMG. Seterusnya di dalam ucapannya belian membangkitkan isu sikap hormat – menghormati di antara kakitangan JMG Sarawak perlu diperkukuhkan dengan lebih jitu. Sebagai contoh, kakitangan yang muda menghormati yang lebih tua dan sebaliknya. Hidup ini perlulah saling hormat-menghormati terutama sekali sesama kakitangan JMG Sarawak. Di acara penutup, warga jabatan telah diperkenalkan dengan  seorang kakitangan  yang baru bertugas iaitu Encik Gill Desmond Anak David  Pemandu Kenderaan H11. Seluruh warga JMG Sarawak mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada beliau. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik.

PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 26 OGOS 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya ia disusuli pula dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak En.  Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan semua staf agar selalu menyemak buku perkhidmatan masing-masing terutama sekali data peribadi dan juga perkara berkaitan cuti agar tidak menjadi masalah di kemudian hari. Selain itu, beliau juga membuat pengumuman mengenai pemashyuran Sarawak Delta Geopark (SDGp), pada 24 Ogos 2022 di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. Ia akan dirasmikan oleh YB Menteri Kementerian Sumber Asli dan Tenaga (KETSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Premier Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 65 kepada semua warga JMG Sarawak. Majlis diteruskan dengan tayangan ringkas video pendek "Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama" bersempena satu tahun tampuk pemerintahan YAB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9. Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh keluarga Malaysia. Semoga Malaysia akan terus utuh dan stabil menghadapi cabaran mendatang demi kesejahteraan rakyatnya.

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2022 JMG SARAWAK DAN TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA GEOLOGI WARISAN

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2022 JMG SARAWAK DAN TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA GEOLOGI WARISAN
KUCHING, 29 JULAI 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Seperti kebiasaan, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak Encik Roslan @ Setebin bin Rajalli. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut menekankan mengenai disiplin dan tanggungjawab setiap kakitangan di JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga menyatakan penglibatan JMG Sarawak di dalam Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung di Sarawak pada bulan Ogos nanti. Seterusnya, ucapannya diteruskan dengan pengumuman kenaikan pangkat 10 orang staf sokongan JMG Sarawak yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam iaitu: 1. Puan Sibo binti Hassan ke N222. Encik Affendi bin Salleh ke N263. Encik Conder anak Gida ke C264. Encik Abang Nor Zandaria bin Abang Drahman ke C265. Encik Wan Razali bin Wan Akil ke C266. Encik Mohammad Nata bin Bihim ke C267. Encik Jonathan Judan anak Uaw ke C268. Encik Robet anak Ukin ke C269. Encik Unchu anak Meling ke C2610. Encik Imlan anak Ponit ke C26 Di samping itu, warga jabatan telah diperkenalkan dengan kehadiran dua orang pelajar latihan industri iaitu Cik Siti Razifah binti Majani dan Cik Shamira binti Zamjami. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas oleh En. Ashreen Ashraff bin Zukapli, yang bertajuk Pengenalan Kepada Geologi Warisan. Taklimat ini adalah berkisar kepada pengenalan bagaimana pencirian sesuatu geotapak yang berpotensi diangkat menjadi geopark. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada kakitangan JMG Sarawak yang telah dinaikkan pangkat. Semoga ia akan memberi semangat untuk lebih maju pada masa hadapan.