SHAH ALAM, 15 Februari 2023 - Pengarah PLANMalaysia@Selangor, Tuan TPr KHAIRUL BIN IBRAHIM bersama rombongan telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke pejabat JMGSWP. Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan halatuju pembangunan projek Gombak - Hulu Langat Geopark (GHL Geopark) yang telah mendapat pengiktirafan rasmi di peringkat kebangsaan sebagai Geopark Kebangsaan.