SHAH ALAM, 21 Februari 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari Tahun 2023, bertempat di bilik Kuarza tingkat 6, Bangunan Darul Ehsan.
Selain sesi tayangan montaj video bergambar, majlis perhimpunan kali ini juga diserikan dengan aktiviti penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan sukan Ping Pong di dalam jabatan dan diakhiri dengan Sesi Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh En. Muhammad Ramzanee Mohd Noh bertajuk "Bencana Geologi Tanah Runtuh Fathers Organic Farm, Batang Kali".