TAKLIMAT PROJEK AUDIT KENDIRI KEMAMPANAN PERASI KUARI DAN LOMBONG DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN PERASI KAWALSELIA DAN PENGUATKUASAAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN (POPP) SERTA SESI DIALOG BERSAMA PENGURUS LOMBONG DAN KUARI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

TAKLIMAT PROJEK AUDIT KENDIRI KEMAMPANAN PERASI KUARI DAN LOMBONG DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN PERASI KAWALSELIA DAN PENGUATKUASAAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN (POPP) SERTA SESI DIALOG BERSAMA PENGURUS LOMBONG DAN KUARI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SHAH ALAM, JMGSWP, 15 September 2020 (Selasa) - Sesi taklimat projek audit dan dialog melibatkan 17 buah kuari dan 1 buah lombong dari negeri Selangor Darul Ehsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari JMGSWP, Tuan Ir. Juna Azleen Abdul Ghani.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 09/2020 DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 09/2020 DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

SHAH ALAM, (Rabu) 02 September 2020 - JMGSWP telah menganjurkan program majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari kemerdekaan yang ke-63 di mana ianya merupakan majlis perhimpunan pertama sejak bermulanya penularan wabak COVID-19. Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Nicholas Jacob. Beliau serta keseluruhan warga mengalukan kedatangan En. Mohd Zulkiflee bin Che Soh, semoga beliau terus berbakti dengan cemerlang di negeri Selangor.

Majlis sambutan hari kemerdekaan diraikan secara sederhana yang dimulakan dengan sesi deklamasi sajak bertemakan patriotik oleh En. Mahat dan Pn. Diyana serta disusuli dengan nyanyian beramai-ramai tiga buah lagu kemerdekaan. Program perhimpunan diakhiri dengan sesi ceramah "Gaya Pemakanan Sihat" oleh Dr. Romzi bt. Mohd Ali, dari Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Semoga warga JMGSWP memperolehi manfaat dari perkongsian ilmu kesihatan tersebut. Insha'Allah.  

 

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 DAN LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN  CEMERLANG 2019 DAN LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

SHAH ALAM, 29 Jun 2020 (Isnin) - JMGSWP telah melangsungkan Majlis Penyampaian APC 2019 dan Lawatan Rasmi Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Hj. Shahar Effendi b. Abdullah Azizi bersama rombongan  di mana beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan sijil penghargaan APC kepada En. Qalam A'zad Rosle, Pn. Nurulaiza Adnan dan En. Shah Hafizan Sohaimi yang mana  telah dipilih kali ini untuk menjadi warga contoh dan semoga ketekunan, kecekalan serta keikhlasan mereka dalam menjalankan tugas akan terus berkekalan agar dapat memberi inspirasi kepada keseluruhan warga JMGSWP pada masa akan datang, tahniah diucapkan. Sehubungan itu, Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Nicholas Jacob beserta kakitangan jabatan juga berkesempatan menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri serba ringkas dan sederhana dengan mematuhi S.O.P.  dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Terima kasih.

Baca selanjutnya

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

SHAH ALAM, 12 Mar 2020 - JMGSWP telah mengambil langkah awal  dengan melakukan aktiviti pembersihan dan nyahkuman pejabat bagi menangani penularan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19). Pihak pengurusan Bangunan Darul Ehsan kini  juga  sedang menjalankan ujian saringan suhu badan yang diwajibkan ke atas semua kakitangan dan pelawat yang datang berurusan di bangunan pentadbiran. Ujian saringan suhu badan yang membabitkan pintu masuk ke ruang lif lantai lobi dilakukan seawal jam 7.00 pagi sehingga 5.30 petang.

“Mencegah lebih baik daripada merawat" dan disebalik kebimbangan penularan Covid-19, JMGSWP mahu semua warga kerja dan pelawat berasa yakin dengan tahap keselamatan serta kebersihan pejabat.