SUMBANGAN JMG DALAM OPERASI MEMADAMKAN KEBAKARAN DI HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN, SELANGOR.

SUMBANGAN JMG DALAM OPERASI MEMADAMKAN KEBAKARAN DI HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN, SELANGOR.

JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat secara langsung dalam operasi bersepadu memadamkan kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pada bulan Ogos 2017 yang melibatkan 9 buah agensi di Negeri Selangor. Kawasan yang terbakar seluas 235.7 ekar adalah merupakan kawasan tanah gambut di dalam hutan simpan tersebut.

JMG telah mengaktifkan sejumlah 4 buah telaga air tanah sediada di dalam hutan simpan ini. Telaga-telaga ini adalah sebahagian daripada telaga air tanah yang telah dibina oleh JMG mulai tahun 2009 di bawah Program Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut untuk Mengatasi Jerebu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Air tanah daripada 4 buah telaga ini yang telah dipam ke dalam parit-parit yang bersebelahan adalah merupakan sumber air yang utama bagi memadamkan kebakaran ini. Telaga-telaga tersebut telah diaktifkan selama 24 jam dan jumlah air tanah yang dikeluarkan ialah sebanyak 30 juta liter. Dengan sumber air tanah yang mencukupi ini dan kerjasama daripada agensi-agensi lain, operasi ini telah berjaya memadamkan keseluruhan gambut yang terbakar tersebut dalam masa 15 hari iaitu bermula pada 04 hingga 18 Ogos 2017. Kejayaan operasi ini telah mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dan telah mendapat liputan yang meluas daripada media massa tempatan.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-selangor/gambut#sigProId8d589a584b

Written by : Daniel