PERBINCANGAN TEKNIKAL BERKENAAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT DI NEGERI SELANGOR

PERBINCANGAN TEKNIKAL BERKENAAN  PEMBANGUNAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT DI NEGERI SELANGOR

Pada 10 Oktober 2017, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan daripada Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.

Kunjungan ini adalah bagi membincangkan masalah pembangunan di kawasan tanah gambut iaitu masalah rumah retak dan tanah mendap di kawasan Bandar Puteri dalam kawasan ADUN Kota Raja dan di Negeri Selangor amnya.

JMG telah memberikan penerangan teknikal berkenaan tanah gambut secara saintifik, kekangannya dalam pembangunan fizikal, senario tatacara permohonan pembangunan masakini dan cadangan dalam langkah-langkah pembaikan bagi mengatasi masalah ini.

Taklimat dan perbincangan telah dijalankan selama 2 jam. YB Dr. Mariah akan merangka pelan penambahbaikan syarat-syarat dalam akta pembangunan di atas tanah gambut sediada. Maklumat-maklumat ini juga akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk dibincangkan bagi menangani masalah rumah mendap ini.

 

Written by : Daniel