KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMGSWP KE PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMGSWP KE PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

SHAH ALAM, SELANGOR : Pada tanggal 15 Mac 2021, Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor yang baru, Tn. Haji Mohd Zulkiflee Bin Che Soh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh semua Timbalan Pengarah JMG Selangor/ W. Persekutuan.


Tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah untuk mempereratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan JMG serta memperjelaskan peranan dan fungsi JMG dalam membantu kerajaan negeri berhubung dengan aktiviti yang melibatkan mineral dan geosains.


YAB Dato Menteri Besar amat menyanjungi sumbangan yang telah diberikan oleh JMG selama ini dan berharap agar ianya dapat diperluas dan dipergiatkan lagi dengan kerjasama yang lebih erat bagi membantu pembangunan pesat di negeri Selangor.

PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

SHAH ALAM, Mac 2021- Seramai tiga warga JMGSWP telah berjaya dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Mereka adalah (dari kiri), En. Wan Neqhaikal bin Wan Abdul Karim (Unit Geosains), En. Mohd Izhar bin Samsudin (Unit Geosains) dan En. Mohd Hafeez bin Rusli (Unit Pentadbiran). Sekalung tahniah kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan semoga terus menerus berbakti dan mempamerkan prestasi perkhidmatan yang terus cemerlang buat perkhidmatan awam negara. 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 03/2021

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 03/2021

SHAH ALAM, 01 Mac 2021 - JMGSWP telah mengadakan majlis perhimpunan bulanan secara dalam talian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan Covid-19. Majlis dipengerusikan oleh pengarah , Tn. Hj. Mohd Zulkiflee bin Che Soh dengan berkongsi dan membincangkan maklumat berkenaan status kewangan pejabat, status perjawatan, pencapaian tahunan setiap unit, tinta integriti serta diakhiri dengan tayangan montaj laporan bergambar. Sekian, Terima kasih.

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pengarah beserta seluruh warga JMGSWP ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada En. Muhammad Nur Hafiz bin Ali (Unit Pembangunan Lombong dan Kuari) yang baru menamatkan zaman bujang bersama pasangan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.  Semoga tali perkahwinan terus kukuh mengikat sepakat, setia hingga ke akhir hayat. Dihiasi rahmat Illahi dengan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warohmah. Tahniah.

PELANTIKAN PENGARAH BARU JMGSWP

PELANTIKAN PENGARAH BARU JMGSWP

SELANGOR, Shah Alam - Sukacita dimaklumkan bahawa En. Tn. Haji Zulkiflee bin Che Soh telah dilantik sebagai pengarah JMGSWP yang baru. Semoga dengan kepimpinan beliau, warga akan terus memberi kerjasama dan komitmen untuk berusaha meneruskan kecemerlangan JMGSWP.