MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM TELAGA TIUB KG. JONGOK BATU.

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM TELAGA TIUB KG. JONGOK BATU.

DUNGUN, 26 Mac 2018(Ahad) – Majlis perasmian dan penyerahan sistem telaga tiub Kg. Jongok Batu telah disempurnakan oleh YB HJ. Roslee Bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N 25 Bukit Besi. Majlis ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, J3K Kg. Jongok Batu, Pejabat Dun Bukit Besi, UMT dan beberapa agensi kerajaan persekutuan. Majlis ini merupakan simbolik penyerahan sistem telaga tiub kepada komuniti Kg. Jongok Batu dan kawasan sekitarnya dengan harapan penduduk kampung mendapat bekalan air bersih secara berterusan.

Majlis ini juga dilaksanakan dengan matlamat sebagai medan perkongsian maklumat dan kesedaran awam berkaitan bidang geologi khusunya hidrogeologi. Selain daripada itu, pendedahan kepada masyarakat tentang peranan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dapat ditonjolkan.

Sempena majlis perasmian ini juga, turut diadakan program pamiran melibatkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu serta Jabatan Boma dan Penyelamat Malaysia.

 

blog 17

 

blog 15

 

blog 14

 

blog 13

 

blog 12

 

blog 11

 

blog 10

 

 

blog 7

 

blog 6

 

blog 5

Written by : razz