MAJLIS AMANAT KSN BERSAMA PENJAWAT AWAM

MAJLIS AMANAT KSN BERSAMA PENJAWAT AWAM

Kuala Terengganu 2 Mei 2018 - Majlis Amanat KSN bersama Penjawat Awam Terengganu  yang dihadiri lebih 2,000 kakitangan awam di Wisma Darul Iman.  Dua orang wakil JMG Terengganu turut hadir yang diwakili oleh En. Che Aziz Che Soh,Timbalan Pengarah, En Norzuhairil Zubir, Pegawai Geosains Kanan.

Melalui perjumpaan itu Dr Ali  memberi penerangan tentang pencapaian negara keseluruhan secara berfakta dan manfaat diperolehi rakyat bagi memberi kefahaman kepada kakitangan awam.

Beliau berkata,  Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam landasan betul dengan pencapaian negara sama ada aspek pembangunan, ekonomi mahupun sosial  begitu memberangsangkan.

β€œTiada sesiapa yang teringgir atau tertinggal dalam pembangunan negara. Kalau kita lihat dalam bajet tahun 2018 semua kumpulan sasar dapat manfaat daripada kerajaan.

β€œAgihan hasil negara juga menyeluruh kepada semua pihak. Hasil yang dipungut dari GST, LHDN, Kastam sebenarnya diagihkan semula kepada rakyat melalui BRIM dan peruntukan dalam sektor seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Written by : razz