PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan Januari 2023 JMG Terengganu Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis, 26 Januari 2023 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohd Harun Muda dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Sayuthi Rashid. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Zamri Ismail telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menggalakkan penglibatan kakitangan JMG Terengganu di dalam Sukan JMG 2023.

Perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan diri kakitangan baharu jabatan iaitu En. Muhammad Azaharudin yang melapor diri ke Unit Lombong & Kuari pada bulan Disember 2022.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) TER Air Menderu, Kemaman dan TER Chemerong, Dungun oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian buku kepada Perpustakaan JMG Terengganu yang diserahkan kepada KUPM, Pn. Julia Kaya. Buku bertajuk β€œKoleksi Titah Ucapan KDYM Sultan Terengganu Sempena Istiadat Pembukaan Penggal DUN Terengganu Tahun 1959-2022” disumbangkan oleh Pengarah JMG Terengganu yang diperoleh oleh beliau semasa hadir ke sidang pembukaan DUN Terengganu 2023.

Setelah itu, Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh 2022 kepada penerima-penerima berikut:

i. En. Mohammad Amin Abd Aziz

ii. En. Zarir Zawawi

iii. En. Wan Ashri Wan Hussain

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Disember dan Januari. Puan Pengarah telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau manakala sumbangan dari KESKET disempurnakan oleh Pengerusi KESKET. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah memberi taklimat ringkas berkenaan Sukan JMG 2023 yang dijadualkan pada bulan Februari 2023 di FRIM Kepong. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 11.00 pagi.

Β 

Credit kepada En Amin Aziz

Written by : tarmizi