Kemeriahan sambutan Hari Raya PPM 2019

Kemeriahan sambutan Hari Raya PPM 2019

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – Satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PPM telah diadakan pada 27 Jun 2019 yang bertempat di hadapan foyer PPM. Tema baju raya pada tahun ini ialah ‘pakaian tradisional’.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan itu berlangsung antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu raya, persembahan istimewa daripada pegawai-pegawai baharu, persembahan khas oleh beberapa orang pegawai PPM, pertandingan pakaian tercantik, serta cabutan bertuah.

Di samping itu, pelbagai jenis juadah raya telah disediakan untuk dinikmati sepanjang sambutan Hari Raya tersebut untuk menceriakan lagi suasana sambutan. Para kakitangan juga sempat mengambil peluang untuk bergambar di ‘pondok buluh’ yang telah dibina sendiri oleh ahli kelab yang terlibat. Sambutan tersebut berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 3 petang.

PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Mudah-mudahan sambutan seperti ini.

 

Written by : ezulia