KEMPEN DARAH 2017

KEMPEN DARAH 2017

KOTA KINABALU, SABAH (26 APRIL 2017) : RABU, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah telah menganjurkan kempen derma darah di Bilik Mesyuarat Nephrite, Blok Kinabalu, JMG Sabah. 

Seramai lebih kurang 33 orang kakitangan JMG Sabah telah berjaya menderma darah mereka. Kempen ini diadakan bagi tujuan membantu Tabung Darah Sabah untuk mendapatkan bekalan darah untuk para pesakit yang memerlukan. Kempen ini diadakan setiap tahun oleh KEMG Sabah. Kempen derma darah ini bermula sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang. Rekod kali ini agak lama di ambil memandangkan ramai kakitangan JMG Sabah yang layak menderma selepas ujian pertama sebelum menderma. Pihak Tabung Darah Hospital Likas berterima kasih dengan semua warga JMG Sabah. Kempen derma darah kali ini diselia oleh En. Goh Khean Seong selaku Ketua Biro Kebajikan KEMG Sabah.

IMG-20170426-WA0001

 

IMG-20170426-WA0008IMG-20170426-WA0010

 

IMG-20170426-WA0011

Written by : Suriani Ramlee