Kunjungan Hormat Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Suatu kunjungan hormat daripada Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia (MYGEO) kepada Datuk P.Geol. Zamri bin. Ramli, Ketua Pengarah JMG diadakan.
Turut bersama ialah P.Geol Dr. Abdullah b. Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG.
Sememangnya pihak JMG sentiasa membuka ruang kepada pelbagai institusi bagi sebarang perbincangan kearah pembangunan bidang mineral dan geosains di Malaysia.
Antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan ini adalah:
1 - Penggunaan Kod Perunding Geologi (330211) di bawah Kementerian Kewangan dengan lebih meluas
2 - Cadangan untuk mengadakan Geoscience and Mineral Expo 2024 sebagai program ketampakan (visibility) Industri Geosains
3 - Cadangan mengadakan Promosi Industri Geosains di peringkat wilayah dan negeri
4 - Inisiatif kesinambungan pemain-pemain industri geosains
Kunjungan hormat ini memberi peluang untuk bertukar pandangan, identifikasi peluang kerjasama dan memberi manfaat lebih besar kepada kedua belah pihak dalam memartabatkan industri geosains.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my