6-8 JUN 2023 (Selasa-Khamis)
Unit Geosains JMG Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Pemantauan Air Bawah Tanah pada 6-8 Jun 2023 (Selasa-Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan di lapangan Stor Kenderaan AKSB Pengkalan Chepa Kelantan. Peserta kursus yang terlibat adalah Pegawai Geosains, Pembantu Geosains dan kakitangan JMG Kelantan seramai 23 orang.
6 Jun 2023 (Selasa)
Pada sesi hari pertama, taklimat diadakan di bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan disampaikan oleh En. Zahidi Bin Hamzah (Pegawai Geosains JMG Kelantan). Peserta diberi pendedahan asas Pengenalan Sumber Air Bawah Tanah di Kelantan dan juga penerangan tentang perancangan pengukuran Paras Air Tanah dan pensampelan.
JMG Kelantan juga menjemput penceramah khas dari UKM iaitu Dr. Nur Shafina binti Roslan (Pensyarah Geologi UKM) untuk memberi taklimat asas pengenalan kepada Analisis Kimia & Punca Pencemaran Akuifer Air Bawah Tanah.
7 Jun 2023 (Rabu)
Peserta kursus di bawa ke lapangan untuk menjalankan latih amal mengenai Pengukuran Paras Air Tanah & Pensampelan. Amali ini adalah bertujuan supaya peserta lebih memahami dan mengetahui lebih jelas cara-cara merekod maklumat pensampelan air dan mengenalpasti kualiti air bawah tanah mengikut kesesuaian kegunaan. Pengukuran paras air diambil menggunakan alat Water Level, dan penyukat pH untuk bacaan pH. Antara rekod yang perlu dicatatkan ialah nombor daftar telaga tiub, tarikh sampel air diambil, paras air, masa, pH dan juga suhu serta lain-lain yang berkenaan.
8 Jun 2023 (Khamis)
Hari terakhir kursus, peserta telah diajar cara-cara penyediaan laporan teknikal jabatan mengikut analisis dan rekod yang diambil di lapangan.
#jmgkelantan#
Foto : Suhaidah Khalid