PAMERAN SEMPENA PROGRAM MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN

PAMERAN SEMPENA PROGRAM MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN

12 Jun 2023 (Isnin) : Unit Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah dijemput untuk menjadi salah satu pempamer booth sempena Minggu Sains dan Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Ipoh, Perak. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh unit Sumber Mineral JMG Perak bagi menarik minat para pelajar terhadap bidang geologi.

Antara aktiviti yang disediakan adalah teka silang kata, teka timbang berat bijih timah, melihat sampel emas di bawah mikroskop serta turut dipamerkan poster, sampel batuan, mineral, batu permata dan video-video menarik berkaitan dengan sumber mineral di Negeri Perak. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Mufti Negeri Perak. Semoga dengan pendedahan mengenai sumber mineral yang diberikan oleh JMG Perak dapat menambah pengetahuan serta memupuk minat dalam diri para pelajar terhadap bidang geologi.

Written by : norhazliza