SALAM SYAWAL 1440H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK

SALAM SYAWAL 1440H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK

03 Jun 2019 : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Syawal kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG Semalaysia. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, segala salah dan silap harap diampunkan. Maaf Zahir dan Batin. Kepada warga kerja JMG Malaysia yang pulang berhari raya di kampung, dinasihati supaya rancang perjalanan sebaik-baiknya dan berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan dapat berjumpa dengan keluarga yang dirindui.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR KACANG SEMPENA RAMADHAN 1440H

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR KACANG SEMPENA RAMADHAN 1440H

23hb Mei 2019 (Khamis) – Sempena Ramadhan 1440H/ 2019, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan Bubur Kacang peringkat JMG Perak. Program ini dilaksanakan di perkarangan Dewan Granite. Hampir semua warga kerja JMG Perak bergotong-royong dalam menyediakan juadah ini. Program bermula seawal 8.00 pagi dan selesai pada jam 1.00 petang.

Baca selanjutnya

Salam Ramadhan 1440H

Salam Ramadhan 1440H

6 Mei 2019 : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG semalaysia. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan mendapat keredhaanNya. Ampun dan maaf jua di pinta jika terdapat salah dan silap. Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar bahagia dan penghapus dosa kita semua.

Selamat menjalani ibadah puasa 2019

kurma 111