KURSUS KAEDAH QUALITATIVE MINERAL EXAMINATION (QME) UNIT GEOLOGI MARIN

KURSUS KAEDAH QUALITATIVE MINERAL EXAMINATION (QME) UNIT GEOLOGI MARIN

IPOH, 25 Mac 2024: Unit Geologi Marin telah mengadakan Kursus Kaedah Qualitative Mineral Examination (QME) pada 25 sehingga 29 Mac 2024 bertempat di Makmal Mineralogi dan Petrologi, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.

Kursus yang dijalankan ini melibatkan sebahagian kakitangan Unit Geologi Marin. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal Jasmin danย  En. Mohd Radzi daripada dari Unit Mineralogi dan Petrologi.

Peserta turut didedahkan kepada Pengenalan kepada Geologi, Mineral dan Batuan serta beberapa cara penyediaan sampel QME. Peserta juga berpeluang mengenalpasti jenis-jenis mineral yang biasa terdapat di sekitar Malaysia. Akhir kursus, semua peserta dikehendaki untuk mencuba dan melihat sendiri mineral-mineral yang telah mereka sediakan sebelum ini.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menjalani kursus selama 4 ย hari dan semoga mendapat manfaat daripada ilmu yang diperolehi dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi ilmu kepada kakitangan Unit Geologi Marin.

Written by : zahar