KURSUS PENGENALAN MINERAL DAN MENDULANG

KURSUS PENGENALAN MINERAL DAN MENDULANG

IPOH, 26 Julai 2024: Hari ini telah diadakan kursus Pengenalan Mineral dan Mendulang khusus kepada pegawai-pegawai serta kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak. 

Kursus ini memberi peluang terutamanya kepada pegawai dan kakitangan baru untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mempunyai kaitan dengan tugas hakiki di makmal.

Kursus telah disampaikan oleh En. Falah Zahri dari Unit Mineralogi dan Petrologi, BPT dan dibantu oleh En. Rizal Jasmin, En. Radzi dan En. Haikal. Peserta juga didedahkan dengan mempelajari teknik mendulang secara amali dan juga melihat sendiri hasil mendulang di bawah mikroskop yang disediakan.

Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Mineralogi dan Petrologi di atas penerangan yang jelas, maklumat yang berguna sekali. 

Kita juga mencadangkan supaya akan datang dibuat kursus keratan nipis pula. 

Written by : zahar