Lawatan Ke UTM Skudai dan Kilang Smart Asia Chemical Bhd

Lawatan Ke UTM Skudai dan Kilang Smart Asia Chemical Bhd
JOHOR BAHRU, 30 MEI - Sekumpulan kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Ipoh, telah mengadakan lawatan teknikal ke Makmal Struktur dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para kakitangan PPM mengenai aplikasi praktikal dalam bidang kejuruteraan awam serta melihat sendiri peralatan ujian yang berkaitan. Lawatan yang berlangsung selama setengah hari ini melibatkan sesi taklimat yang disampaikan oleh Dr. Nur Hafizah Abd Khalid, Pensyarah Kanan di fakulti tersebut.
Pada sebelah petang, lawatan teknikal ini diteruskan dengan mengunjungi kilang Smart Asia Chemical Bhd di Ulu Tiram, Johor. Para kakitangan PPM disambut mesra oleh Pengarah Urusan syarikat itu sendiri, iaitu En. Goh Chye Hin serta diberi taklimat mengenai sejarah kilang, operasi harian, serta kepentingan pematuhan kepada standard keselamatan dan persekitaran.