LAWATAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

LAWATAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 14 Julai 2024 – JMG Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarahnya Dr. Mohd Famey bin Yusoff dengan disertai oleh Timbalan Pengarah En. Mohd Amin bin Ghazali dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar En Wong Zhi Jian.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dalam beberapa perkara berkaitan pengurusan alam sekeliling termasuk laporan EIA, telaga tiub di kawasan tanah gambut dan aktiviti pengkuarian serta perlombongan. Turut disentuh ialah hal berkaitan cadangan pembangunan ‘Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ)’ yang kini sedang rancak dibincangkan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul