SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 1 PROJEK PEMERKASAAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NaTSIS)

SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 1 PROJEK PEMERKASAAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NaTSIS)
SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 1 PROJEK PEMERKASAAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NaTSIS)
 
Sesi Perbincangan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) 1 Projek Pemerkasaan Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (NaTSIS) sedang berlangsung bermula pada 16-18 Julai 2024 bertempat di Hotel De’La Ferns, Cameron Highlands.
 
Tujuan utama sesi BRS ini diadakan adalah untuk mengumpul semua pandangan dan idea daripada pegawai-pegawai terlibat terutamanya dari kalangan ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) yang merupakan pengguna utama sistem NaTSIS. Sesi ini sangat penting dan menjadi titik tolak kepada pemerkasaan NaTSIS baharu yang lebih informatif, segar dan mesra pengguna.
 
Dalam era teknologi moden dan perkongsian maklumat yang pantas, NaTSIS berpotensi untuk memainkan peranan yang proaktif dalam menyalurkan maklumat dengan cepat kepada pemegang taruh untuk membantu dalam membuat keputusan-keputusan penting. Untuk makluman semua, data-data di dalam NaTSIS sentiasa menjadi rujukan agensi-agensi yang berkaitan. Sejak dari tahun 2016, sebanyak 3.35TB data telah dikongsikan yang boleh dinilaikan kepada RM670 juta. Ini adalah antara outcome kepada projek NaTSIS-PBRC yang boleh memberi manfaat kepada Negara dalam bentuk perkongsian data dan maklumat.
 
 
Pihak Jabatan sangat memberikan penekanan kepada penyediaan perkhidmatan digital bagi meningkatkan kualiti penyampaian maklumat serta meningkat keupayaan digital untuk kesejahteraan Negara. Ini selari dengan kerangka halatuju Pelan Strategik Pendigitilan (PSP) Kementerian 2021-2025 bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital. Oleh itu, NaTSIS perlu bersedia untuk menawarkan satu sistem yang komprehensif, mudah dicapai serta mudah digunakan oleh agensi dan orang awam, agar lebih ramai pengguna dapat beroleh manfaat daripada sistem ini.
 
Jabatan sentiasa komited dalam menangani isu berkaitan bencana geologi yang dilihat lebih mencabar dengan keadaan perubahan iklim yang kompleks. Justeru itu, penggunaan teknologi terkini melibatkan perisian, perkakasan dan analitik data raya dapat membantu pemegang taruh membuat keputusan-keputusan dasar bagi pengurangan risiko bencana geologi. Inisiatif Jabatan dalam menyediakan platform bagi semua maklumat berkaitan geologi kejuruteraan dan bencana geologi diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua agensi yang yang terlibat di dalam pengurusan bencana dan perancangan pembangunan.
 
Besar harapan Jabatan untuk melihat sistem NaTSIS ini diangkat kepada satu tahap yang lebih membanggakan dan menjadi sistem rujukan utama Negara dalam pengurusan bencana dan perancangan guna tanah sejajar dengan misi JMG iaitu “Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains yang Efektif”.
 

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my