24 Feb 2014,Isnin - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Tn. Hj. Mustapha Bin Mohd Lip sempena Taklimat Perlesenan Lesen Bijih Mineral dan Penyerahan MOL kepada pemegang- pemegang lesen.
Dikesempatan ini, satu sesi perjumpaan antara TKPO dan kakitangan JMG NSM telah diadakan dan beliau telah dapat berkenalan dengan kakitangan JMG NSM serta dapat bertemu bual dan beramah mesra dengan semua kakitangan disini.
Kami sebagai warga JMG NSM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian beliau meluangkan masa bersama kami dan kedatangan TKPO pada masa akan datang ke JMG NSM adalah amat dialu-alukan.