SHAH ALAM, 28 April 2025 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat jabatan. Sambutan majlis hari raya pada tahun ini adalah meriah kerana diserikan dengan aktiviti-aktiviti sesi pertukaran hadiah, cabutan bertuah dan pertandingan video klip pendek hari raya di antara unit-unit dalam jabatan.
Lawatan Kerja ke Selinsing Gold Mine, Kuala Lipis, Pahang.
KUALA LIPIS, 8 Mei 2025 – Seramai 13 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) bersama dua orang pelajar latihan industri telah mengadakan lawatan kerja ke Selinsing Gold Mine, Kuala Lipis, Pahang.
Baca selanjutnya
Proses Pembakaran Seramik
Dalam bidang teknologi pembuatan seramik, proses pembakaran memainkan peranan yang sangat penting.
Pembakaran bukan sahaja berfungsi sebagai langkah akhir dalam penghasilan sesuatu produk seramik, tetapi juga merupakan fasa kritikal yang menentukan sifat akhir bahan dari segi kekuatan mekanikal, kestabilan bentuk, ketahanan haba, serta keupayaan menahan serapan air dan bahan kimia.
Baca selanjutnya
The Importance Of XRD Analysis In Minerals
The interaction of the x-rays with the geometry of crystallographic planes produces a characteristic XRD pattern called a diffractogram, which is used to identify minerals, measure crystallite size, determine thicknesses of atomic layers, recognize deformation of crystals, and other phenomena.
For further details, please don’t hesitate to reach me out: hazim@jmg.gov.my
Thank you
SESI LAWATAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN PEMBANGUNAN BANDAR NEGERI SARAWAK KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
IPOH, 7 Mei 2025 – Delegasi dari Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan ke Galeri Penyelidikan PPM.
Lawatan ini diadakan bersempena sesi pembelajaran teknikal pengurusan dan pembangunan industri mineral di Semenanjung Malaysia bertujuan melihat dan mengkaji kaedah pengurusan dan amalan terbaik industry terutamanya yang melibatkan ‘quarry eco-tourism’, perlombongan NR-REE serta lombong emas.
Para delegasi telah diberi taklimat oleh Dr. Zulkhairi bin Zakaria mengenai semua paparan dan bahan pameran yang terdapat di galeri ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati berupa Coffee-table Book “Kebanggaan dan Legasi PPM” oleh Pn. Hajah Marlinda binti Daud kepada ketua delegasi, En. Lim Bih Wei.
Semoga program lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara Jabatan kerajaan dan pelbagai agensi dan seterusnya dapat memajukan industri mineral di Malaysia.