
IPOH, 7 Mei 2025 – Delegasi dari Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan ke Galeri Penyelidikan PPM.
Lawatan ini diadakan bersempena sesi pembelajaran teknikal pengurusan dan pembangunan industri mineral di Semenanjung Malaysia bertujuan melihat dan mengkaji kaedah pengurusan dan amalan terbaik industry terutamanya yang melibatkan ‘quarry eco-tourism’, perlombongan NR-REE serta lombong emas.
Para delegasi telah diberi taklimat oleh Dr. Zulkhairi bin Zakaria mengenai semua paparan dan bahan pameran yang terdapat di galeri ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati berupa Coffee-table Book “Kebanggaan dan Legasi PPM” oleh Pn. Hajah Marlinda binti Daud kepada ketua delegasi, En. Lim Bih Wei.
Semoga program lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara Jabatan kerajaan dan pelbagai agensi dan seterusnya dapat memajukan industri mineral di Malaysia.