
KUANTAN, 6-7 Mei 2025 – Seramai 13 orang kakitangan daripada Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) bersama dua orang pelajar latihan industri telah menyertai Bengkel Analisis Kandungan Emas yang berlangsung di Makmal Geokimia Kuantan, selama 2 hari. Program ini telah dirasmikan oleh En.Yusril A'mali bin Mohd Yusuf@Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Makmal Geokimia Kuantan.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta mengenai kaedah analisis kandungan emas.
Antara topik perkongsian oleh En. Muhammad Izzat Harith Bin Nordin, Pegawai Geosains adalah pengenalan kepada teknik fire assay dan tatacara penyediaan sampel. Sesi demonstrasi turut diadakan melibatkan proses peleburan dan pengkupelan, serta kaedah analisis menggunakan alat AAS. Bengkel ini diakhiri dengan lawatan ke Muzium Sungai Lembing.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kepada semua peserta khususnya dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) sekaligus memperkukuhkan kefahaman berkaitan kaedah analisis geokimia dan eksplorasi mineral negara.