Lawatan Turun Padang (LTP) & 1M4U

Pada 19 Mac 2013, PUSPANITA NRE (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) dengan kerjasama PUSPANITA MOTOUR (Kementerian Pelancongan Malaysia) telah menganjurkan program Lawatan Turun Padang Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan, YBhg. Datin Sri Dato’ Rohani Abdullah di Institut Perhutanan Malaysia (FRIM).

Semasa program tersebut, Yang Dipertua telah berkenan untuk melancarkan buku ‘Herbal Heritage of Malaysia’ dan juga melawat sekitar kawasan FRIM untuk menyaksikan program 1M4U yang mana melibatkan golongan belia yang berumur 18 -40 tahun dan terdiri daripada pelbagai kaum. Golongan belia tersebut adalah daripada Rakan Alam Sekitar, pelajar Taylor’s College dan ahli PUSPANITA NRE dan MOTOUR. Antara aktiviti yang telah dialakukan dalam program 1M4U adalah gotong-royong membersihkan kawasan FRIM seperti masjid, air terjun, kawasan riadah dan Rumah Arboreta.

YDP juga telah berkenan untuk merasmikan Laman PUSPANITA yang terletak berdekatan Rumah Arboreta. Selain itu, program tersebut dimeriahkan juga dengan aktiviti demonstrasi memasak Gulai Masak Lemak Telur Itik, demonstrasi menganyam tikar oleh kaum orang asli yang berdekatan dan demonstrasi aktiviti berkaitan dengan homestay.

Di akhir program tersebut, semua peserta telah dijamukan makan tengahari ala kenduri kampung sambil dihiburkan dengan nyanyian merdu dan musik tradisional.

Written by : norhazliza