MAJLIS BERBUKA PUASA JMG SABAH ANJURAN BKKI

MAJLIS BERBUKA PUASA JMG SABAH ANJURAN BKKI

KOTA KINABALU, SABAH (21 JUN 2017) : RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sabah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih pada tahun ini. Majlis ini diadakan pada 26 Ramadhan 1438H di JMG Sabah sendiri.

Majlis ini diketuai oleh Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli(selaku Timbalan Pengerusi BKKI). Majlis ini agak spontan dan ringkas namun penuh kemeriahan. Majlis ini dihadiri oleh beberapa ahli jawatankuasa BKKI serta ahli-ahli BKKI bersama keluarga masing-masing. Solat Terawih ini diimamkan oleh Ustaz Faiz bin Ramlee anak kepada salah seorang ahli BKKI juga. Tujuan majlis ini juga adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim persaudaraan sesama warga JMG Sabah muslimin dan muslimat.

Majlis berbuka puasa JMG 20171

Penyerahan cenderakenangan buat Ustaz Faiz oleh Tn. Hj. Nurul Huda

 

Written by : Suriani Ramlee