
Majlis Lapor Diri Lantikan Baru Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG
Telah berlansung Majlis Lantikan Baru Pegawai Geosains C41 ( Kajibumi ), Pegawai Penyelidik Gred Q41 dan Pembantu Geosains Gred C19.


Majlis dirasmikan dengan penyampaian amanat oleh Yang Berusaha Hj. Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi.
Taklimat pengenalan ringkas serta 'Bicara Eksekutif', taklimat Unit Perkhidmatan, taklimat Pembangunan Modal Insan dan taklimat Integriti turut didedahkan kepada lantikan baru.
Seramai 16 orang hadir ke sesi taklimat. ( 1 orang hadir secara maya diatas talian ) Dan 15 secara fizikal



Pihak jabatan mengalu-alukan kehadiran semua lantikan baru. Semoga para pegawai lantikan baru akan menjadi Warga JMG yang akan bersama-sama berusaha menjadikan JMG terus cemerlang.