KOTA BELUD, SABAH (23 Februari 2018) : Jumaat, 8.00 pagi. Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg Timbang Dayang yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Belud telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, JP, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap ADUN N8 Usukan. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Japlin bin Akim, Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.
Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan Air Tanah telah disampaikan oleh Encik Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44-Aktiviti Hidrogeologi). Taklimat turut diselitkan dengan sesi dialog/soaljawab antara penduduk kampung dan Pegawai-pegawai JMG Sabah (Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Tim. Pengarah JMG Sabah, C54 (Unit Makmal) dan En. Morius Bantas (Pegawai Geosains C48). Taklimat ini juga turut disertai oleh Pengarah JMG Sabah.
10.00 pagi, Majlis diteruskan dengan ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, JP, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap ADUN N8 Usukan. Majlis dimulai dengan lagu kebangsaan, bacaan doa oleh En. Jolouis bin Supilin (Pem. Geosains Kanan C26). Seterusnya ucapan Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, JP
Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Telaga Tiub dengan diiringi oleh tuan Pengarah JMG Sabah dan dif-dif jemputan. Seusai menandatangani plak perasmian, Yang Berhormat telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi, Pegawai Geosains C44/Ketua Aktiviti Hidrogeologi. En. Jaineh seterusnya mempelawa YB Datuk mengunjungi Mini Pameran JMG Sabah. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pengarah JMG Sabah kepada Y.B Menteri.
Majlis selesai pada jam 11.15 pagi.
http://blog.jmg.gov.my/majlis-perasmian-telaga-tiub-kg-timbang-dayang,-kota-belud#sigProIda597e05eab