MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA BERSAMA PERDANA MENTERI 2018

MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA BERSAMA PERDANA MENTERI 2018

KOTA KINABALU, SABAH (02 MAC 2018) : JUMAAT, Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan satu Majlis Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri Malaysia Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena  lawatan PM  ke Sabah bertempat di auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Dalam majlis ini juga Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman juga turut hadir sama.

JMG Sabah juga adalah salah satu jabatan yang telah diundang sama untuk menghadiri majlis tersebut. JMG Sabah diwakili sendiri oleh Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli dan En. Webster Wong Vui Chung (Pegawai Geosains Kanan). Dalam majlis ini juga terdapat pelbagai agensi dan jabatan persekutuan dan negeri turut sama hadir dalam perhimpunan perdana ini.

Sumber photo : Tuan Pengarah JMG Sabah

perhimpunan awam bersama pm

 

perhimpunan awam bersama pm1

Pengarah JMG Sabah En. Mohd Yusop bin Ramli dan En. Webster Wong

 

Written by : Suriani Ramlee